Saudara Saya :)

"Sesungguhnya aku Sedang menasihati kamu, bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. [imam Hassan Al Basri]

Tuesday, June 17, 2014

Khasiat Buah Tomato


Khasiat Buah Tomato


1. Baik Untuk Kencing Manis
Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.
2. Baik Untuk Mata
Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.
3. Baik Untuk Obesiti
Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.
4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati
Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.
5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan
Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.
6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu
Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.
1. Baik Untuk Kencing Manis
Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes. 2. Baik Untuk Mata
Tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.
3. Baik Untuk Obesiti
Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.
4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati
Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.
5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan
Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.
6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu
Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.

Friday, December 6, 2013

Petua SIHAT Imam Syafi`i

4 perkara menguatkan badan
- Makan Daging.
- Memakai haruman.
- Kerap Mandi
- Berpakaian Daripada Kapas.

4 perkara melemahkan Badan.
- Banyak berkelamin (bersetubuh)
- selalu cemas.
- Banyak minum air ketika makan.
- Banyak makan bahan yang masam.

4 Perkara menajamkan mata.
- duduk menghadap kiblat
- Bercelak sebelum tidur
- Memandang warna hijau
- Berpakain bersih.

4 Perkara merosakkan mata.
- Memandang najis
- Melihat orang dibunuh
- Melihat kemaluan
- membelakang kan kiblat

4 perkara menajamkan fikiran.
- tidak banyak berbual kososng.
- rajin bersugi ( gosok gigi)
- bercakap dengan orang soleh
- bergaul dengan para ulama

4 Caara tidur:
- tidur para nabi.
  Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
- Tidur para ulama dan ahli ibadah.
   Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
- Tidur para raja yang haloba.
   miring kesebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
-Tidur Syaitan.
   Menelungkup dan meniarap seperti tidur ahli neraka.

Saturday, November 23, 2013

Cara cara Solat sunat dhuha

Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.
Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sinat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca Alfatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
Baca Alfatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :

Maksudnya:
Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.