Saudara Saya :)

"Sesungguhnya aku Sedang menasihati kamu, bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. [imam Hassan Al Basri]

Saturday, March 30, 2013

cinta sejati hingga ke ka`abah.


Mamat : kalau suatu ari nanti saya pergi dulu sebelum awak?
Iya: kenapa cakap macam tu.?
Mamat : sebab awak pun tahu kan,,
Iya : apa DIa??
Mamat : kita hidup perkara yang paling dekat ialah kematian..
Iya : isshh,,awak suka cakap yang bukan2,,
Mamat : ialah,,sebab saya nak ingatkan awakk,,ingatan untuk saya juga,,
Iya : ishhh,,awak niee,,berapa kali nak cakap?? suka sangat pasal kematian,,
Mamat : sebab apa saya suka sangat cakap benda niee selalu kat awak,,??
Iya : saya mana lah tahu,,awak ingaat saya niee boleh baca keee,,memori dalam kepala otakk awakk tuh?? herrgghh,,
Mamat : hehehe,,tapi saya boleh baca dalam kepala otak awak sekarangg??
iya : haa?? ape dieeee?? cube cubee cakap??
Mamat : hmm,,sebab awak,,awakk,,awakk,, ( batukk ) aaargghhhh!!! awkk awakk,,,
Iya : ya alaahh,,mamat kenapa niee,,kenapa??
Mamat : hahahahahaha!!!!,,saya memainn jerrkkk,,,
Iya : ishhh,,,cepatlahh apa dia,,yang awakk baca dala pikiran saya niee,,
Mamat : pejam mata dulu,,okayy,,
iya : okaayy,,,
Mamat : 1,,,2,,,3,,, bukak cepatt,,
Iya : indahnyaa,,,
Mamat : kann,,sebab itu saya selalu ingatkan awak pasal kematian,,tapi awak rasa begitu yakinn,,indahkan kaa`bah,,hmm,,alhamdulillah kita sampai jugak di tanah suci,,awkk terima kasih jadi kekasih sejati saya,,sehingga kehari ini,, :)

Wednesday, March 27, 2013

Jangan Bersedih Tidak Dihargai


Bismillahirrahmaanirrahiim.







Apabila anda buat sesuatu kebaikan, anda buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah anda usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang anda tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun anda pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi anda seolah-olah anda itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih.

Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu.

Apabila dibelek-belek kembali lembaran sejarah dan kejadian yang berlaku dimuka bumi ini, banyak sejarah mencatatkan perkara seperti ini. Sebagai contoh, ibu bapa yang penyayang dan telah mengasuh anak-anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Memberikan pendidikan dan menempatkan di sekolah yang baik. Akhirnya, apabila si anak itu tadi berjaya, lupus segala jasa kedua orang tua dalam dirinya.

Jelik sungguh sifat sebegini.

Anda rasa, apa perasaan kedua ibu bapa itu tadi? Sedih dan kecewa, sudah tentu.

Kisah lain, seorang guru sedaya upaya membimbing anak didiknya menjadi seorang yang berguna. Hampir pada setiap masa memikirkan anak muridnya dan setiap kali sujud terakhir, ada doa diselitkan untuk anak didiknya. Tetapi, esok-esok telah berjaya, maka anak murid itu tadi akan melupakan sang guru serta menghinanya pula.

Dan, janganlah hairan sekiranya seorang sahabat sanggup bersusah payah demi sahabatnya yang lain, tetapi akhirnya, sahabat yang dibantu itu akan memulaukan anda malah mencaci anda pula. Ditambah lagi, anda pula difitnah dengan bermacam-macam fitnah yang satu pun anda tidak buat.

Kecewa? Memang ada.

Saya sendiri, pernah juga terasa seperti ini. Setelah apa yang saya telah buat, akibatnya, saya sendiri diserang dan diburukkan dari belakang.

MashaAllah. Hebat sungguh manusia dalam bab tidak menghargai.

Saya diam sambil memerhati keadaan sekeliling. Kenapa patut ada rasa kecewa? Sedangkan pada mula-mulanya, sudah memasang niat untuk buat sesuatu itu kerana ALLAh. Maka, penghargaan dari ALLAh itulah yang perlu dipandang dengan lebih.

Kenapa?

Penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari ALLAh itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang ALLAh itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih.

Makanya, apabila berhadapan dengan manusia macam ini. Rawatan awal yang anda boleh buat, adalah dengan, SENYUM.

Ya, Senyum.

Monday, March 25, 2013

sifat sifat MAZMUMMAH

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah&nbs p; rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebutâ

8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah

MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya

Friday, March 22, 2013

Pengalaman.

kenapa,,selalu begini,,sedangkan kejujuran telah ada,,memang betul orang cakap,,kalau kita suka orang tuh,,tak mungkin kita akan dapat cinta dia,,ini berlaku pada diriku,,bukan buat buat,,bukan cerita dongeng,,tapi memang betull,,memang kenyataan,,dengan mata terbeliak aku sendiri,,okay,,aku tau,,kau ada bagi tau kat aku yang kau dah berpunya,,memang kau dah ada bf,,tapi kau cakap,,bf kau dah lama tak contact dengan kau,,dah tak amik tau pasal kau,,itu sebelum kite kapel,,kau cerita dekat aku,,kau bagitau semua itu dekat aku,,okay,,setakat itu no problem,,then selepas kapel,,kenapa?? kenapa kau bagitau kat aku,,yang kau masih lagi dengan dia,,kau contact dia hari hari,,kau mesej dia,,kau ada bgtau nan aku,,yang kau ada keluar dengan exbf kau malam malam buta,,then kau bgtau kat aku yang kau keluar dengan kawan perempuan,,tapi kenapa kau tak boleh nak bgtau hal yang sebenar,,sampai aku tercari cari,,aku call,,bukan 2 atau 3 kali,,tapi banyak kali dah,,sampai naik habis kredit aku sebab voice mail,,okay,,malam tuh aku masih percaya kat kau,,tapi semakin hari,,aku tengok dah makin LEMAK. bukan lemak sebab apa,,sebab kau dah tipu aku,,kau tau tak,,kau tipu sapa??,,kau tipu aku,,kau tipu aku selama niee,,semalam tak jawab fone,,boleh aku maafkan,,sebab kau makan nan kawan kau,,tapi,,hari niee,,tengah malam buta aku call,,kenapa lelaki yang jawab?? bila aku tanya,,kau buat endah tak endah,,okay,,disebabkan itu aku terpaksa memaksa kau,,berulang kali,,aku tanya,,itu siapa?? itu siapa?? itu siapa?? kau pun jawab dengan tanpa bersalah,," itu ex saya" owhh,,selama niee kau keluar dengan kawan perempuan?? kawan perempuan itu kata ex?? kalau dah suara lelaki,,itu kata kawan perempuan,,ok,,aku dah kenal kau siapa..............

Monday, March 4, 2013

Insan bernama kekasih

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Ku sampakan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih