Saudara Saya :)

"Sesungguhnya aku Sedang menasihati kamu, bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. [imam Hassan Al Basri]

Wednesday, March 27, 2013

Jangan Bersedih Tidak Dihargai


Bismillahirrahmaanirrahiim.







Apabila anda buat sesuatu kebaikan, anda buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah anda usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang anda tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun anda pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi anda seolah-olah anda itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih.

Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu.

Apabila dibelek-belek kembali lembaran sejarah dan kejadian yang berlaku dimuka bumi ini, banyak sejarah mencatatkan perkara seperti ini. Sebagai contoh, ibu bapa yang penyayang dan telah mengasuh anak-anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Memberikan pendidikan dan menempatkan di sekolah yang baik. Akhirnya, apabila si anak itu tadi berjaya, lupus segala jasa kedua orang tua dalam dirinya.

Jelik sungguh sifat sebegini.

Anda rasa, apa perasaan kedua ibu bapa itu tadi? Sedih dan kecewa, sudah tentu.

Kisah lain, seorang guru sedaya upaya membimbing anak didiknya menjadi seorang yang berguna. Hampir pada setiap masa memikirkan anak muridnya dan setiap kali sujud terakhir, ada doa diselitkan untuk anak didiknya. Tetapi, esok-esok telah berjaya, maka anak murid itu tadi akan melupakan sang guru serta menghinanya pula.

Dan, janganlah hairan sekiranya seorang sahabat sanggup bersusah payah demi sahabatnya yang lain, tetapi akhirnya, sahabat yang dibantu itu akan memulaukan anda malah mencaci anda pula. Ditambah lagi, anda pula difitnah dengan bermacam-macam fitnah yang satu pun anda tidak buat.

Kecewa? Memang ada.

Saya sendiri, pernah juga terasa seperti ini. Setelah apa yang saya telah buat, akibatnya, saya sendiri diserang dan diburukkan dari belakang.

MashaAllah. Hebat sungguh manusia dalam bab tidak menghargai.

Saya diam sambil memerhati keadaan sekeliling. Kenapa patut ada rasa kecewa? Sedangkan pada mula-mulanya, sudah memasang niat untuk buat sesuatu itu kerana ALLAh. Maka, penghargaan dari ALLAh itulah yang perlu dipandang dengan lebih.

Kenapa?

Penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari ALLAh itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang ALLAh itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih.

Makanya, apabila berhadapan dengan manusia macam ini. Rawatan awal yang anda boleh buat, adalah dengan, SENYUM.

Ya, Senyum.

No comments:

Post a Comment