Saudara Saya :)

"Sesungguhnya aku Sedang menasihati kamu, bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. [imam Hassan Al Basri]

Friday, December 6, 2013

Petua SIHAT Imam Syafi`i

4 perkara menguatkan badan
- Makan Daging.
- Memakai haruman.
- Kerap Mandi
- Berpakaian Daripada Kapas.

4 perkara melemahkan Badan.
- Banyak berkelamin (bersetubuh)
- selalu cemas.
- Banyak minum air ketika makan.
- Banyak makan bahan yang masam.

4 Perkara menajamkan mata.
- duduk menghadap kiblat
- Bercelak sebelum tidur
- Memandang warna hijau
- Berpakain bersih.

4 Perkara merosakkan mata.
- Memandang najis
- Melihat orang dibunuh
- Melihat kemaluan
- membelakang kan kiblat

4 perkara menajamkan fikiran.
- tidak banyak berbual kososng.
- rajin bersugi ( gosok gigi)
- bercakap dengan orang soleh
- bergaul dengan para ulama

4 Caara tidur:
- tidur para nabi.
  Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
- Tidur para ulama dan ahli ibadah.
   Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
- Tidur para raja yang haloba.
   miring kesebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
-Tidur Syaitan.
   Menelungkup dan meniarap seperti tidur ahli neraka.

Saturday, November 23, 2013

Cara cara Solat sunat dhuha

Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.
Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sinat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca Alfatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
Baca Alfatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :

Maksudnya:
Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Monday, November 11, 2013

Solat Sunat Dhuha



Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).




عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ


Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru : manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani



Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujiansebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ



"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Monday, October 7, 2013

Tunjukkanlah aku. .

Ya Allah, ,sekarang aku rasa bersalah sangat dengan pa yang aku lakukan pada hari ini. .banyak kesilapan yang telah aku lakukan. .adakah aku masih lagi diterima oleh manusia di sekeliling aku suatu hari nanti?? aku sering dimarahi. .aku sering dihina. .mungkin aku yang lakukan kesilapan terhadap orang itu, ,Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidupku di atas dunia ini, ,kenapa aku merasa ketakutan, , mengapa aku rasa seperti tidak tenang, ,adakah aku melakukan kesilapan?? Ya Allah Tunujukanlah aku kejalan yang baik, ,tunjukkanlah aku kejalan yang benar, ,aku mahukan kebahagiaan, ,aku tidak mahu seperti yang berlaku pada ketika ini, ,kedua ibu bapaku sering sakit, ,sering tidak sihat, ,ridak mempunyai wang untuk menyara kehidupan anak anak dia, ,ya allah tunjukkan lah aku kejayaan, ,tunjukkan lah aku kejalan syurga, ,Amin. .

Sunday, August 25, 2013

Cara Kenali 24 ciri-ciri orang mencintai kamu dalam diam

1❖Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2❖Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3❖Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4❖Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5❖Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6❖Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7❖Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8❖Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9❖Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10❖Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11❖Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12❖Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13❖Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. oh! dunia...

14❖Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15❖Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16❖Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17❖Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18❖Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19❖Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20❖Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21❖Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22❖Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23❖Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24❖Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Read more: http://www.aminin.my/2013/04/cara-kenali-24-ciri-ciri-orang.html#ixzz2d0RYAhdX

Thursday, August 15, 2013

Terasa Dipinggir dan Dihina. .tetapi tidak. .

bila kita dipandang hina. .kita berasa sedih. .sedangkan itulah allah sedang pehatikan kita. .
bila kita direndahkan. .kita berasa putus asa. .padahal allah sedang menguji kesabaran kita. .
bila kita merasa kehilangan. .kita berasa marah. .padahal allah mengajar dan menyruh kita bersabar..
bila kita merasa kesunyian. .janganlah bersedih. .sedangkan allah lah menghidupkan kita.
                     ALLAH.

Monday, July 1, 2013

Sejadah Cinta.

mamat bersama keluargaya di sebuah gerai..mereka baru sahaja pulang dari membeli barangan dapur untuk kenduri malam ini..mereka nampak bahagia sekali..gelak ketawa bersama sama..

mamat : mak..abang ingat dah kerja nie,,dah ada duit rasa mahu,,mahu,,
adik : mahu kahwin!! hahaha..
Mamat : ishh adik niee,,diam la,,nie urusan orang tua2,,hmm
abah : ala,,adik kata betul lah tuh,,mengaku jela mat,,aku nie bapak kau,,dah bertahun jaga kau,,
Mak : betul kata bapak kau tuh,,

mamat seperti mahu katakan sesuatu pada kedua ibu bapanya,,tapi adiknya dah bagitau dahulu,,segan silu mamat ketika itu,,tapi mamat tak dapat menahan rasa dalam hati,,dia pun bagitau kat ibu bapanya,,

Mamat : mak,,abg ada kenal sorang kawan,,umo dia 26,,
Abah : dah tuh,,
Mamat : abah nie,,abg belum abis lagi,,dah menyampuk,,
Mak : ala mat,,kau tuh baru nak kerja,,baru nak kenal erti kehidupan..
Mamat : tapi makk,,
Mak : mak tak kisah,,tapi kau tuh baru je kerja,,duit pun harapkan pada mak lagi,,
Mamat : hahaha,,ape la mak niee,,mamat gurau laa,,
mak : tak baik menipu mat,,terus terang la,,
Mamat : memang,,memang mat suka pada dia,,tapi dia tak cakap pun kat mat,,yg dia suka kat mat,,mamat tak tau,,tapi dia selalu cakap " datang la sini " itu je yg dia cakap,,
Mak : haa..datang laa jumpe dia,,tapi,,
Mamat : tapi ape mak..
Abah : sebab duit suruh datang bukan dengan tangan kosong,,dia mahukan hantaran,,lah tuh,,kau nie mat,,tanya bapak dulu,,hahaha,,duit dah ade?!!
Mamat : hmm,,belum (mengeluh)
Mak : dah dah,,mak nak balik,,dah kenya perut,,mat bayar ari nie,,
Mamat : ok mak..hmm

setelah itu,,mamat mendengar kata2 dari kedua ibu bapanya,,dia pun pasang niat untuk menyimpan duit,,setelah berbulan,,dia mengenali gadis itu,,dia pun sudah bersedia untuk datang berjumpa dengan gadis itu,,

waktu malam dalam telefon...

Mamat : salam.
Gadis : wasalam..
Mamat : awk buat ape?? kenapa tak mesej saya?? kenapa tak call saya?? saya callll,,,
Gadis : dah dah,,tiap kali awk coll,,perkataan yang pertama mesti seperti itu,,hmm,,dah jemu,,hmm,,ada ape col nie,,saya baru je balik keja,,(terbatuk batuk)
Mamat : sy datang nak jumpa awk,,
Gadis : bila??
Mamat : esok..boleh..
Gadis : saya tak sihat la awk,,tak payah laa,,
Mamat : awk esok kan dah tarikh tuh ..
Gadis : owhh,,hmm,,yela,,datangla,,awk datang nan cape?? (terbatuk batuk)
Mamat : awkk okay?? asma awk datang lagi ke??
Gadis : takdelah saya ok je,,awk datang nan cape esok,,hmm
Mamat : nan mak ayah..
Gadis : serius??
mamat : yelaa,,,
Gadis : okay saya tunggu esok yerr,,(terbatuk batuk) awk,,sy nak rehat,,badan saya rasa tak sedap pulak,,hmm,,insyaallah kita jumpe esok yerr mamat,,awk jaga diri baik2,salam.
mamat: awkk,,nanti dulu,,sayaaaaa....(telefon matii)

pada malam itu,,mamat ingin mengatakan sesuatu,,tetapi tidak sempat,,hmm,,dia berasa kecewa,,mamat,,rasa hairan sekali,,sebab gadis itu,,tidak seperti sebelum ini,,mamat tau yang gadis itu memang ada asma,,tetapi tidaklah seteruk malam itu,,mamat pun tidur awal malam itu,,sebab keesokan hari dia mahu berjumpa dengan gadis itu bersama hantaran,,tarikh yang mereka tetapkan pun semakin hampir,,

keesokan pagi :

telefon,,mamat cuba berulang kali,,berulang kali,,tapi tiada siapa menjawab telefon gadis itu,,mamat rasa tak sedap hati,,

Bersambung lagi,,tunggu yerr :)

Thursday, April 18, 2013

6 jenis perempuan yang dilarang nikahi dalam islam.

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.

3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah)

- ISTERI ialah anugrah/hadiah/pemberian kpd seorang suami , andai ditakdir mendpt isteri seperti ini haruslah mendidik dn melentur nye dengan sebaik mungkin .. peranan sbgai seorang suami sngt berpengaruh .. bertegaslah dlm memikul tanggungjawab dn amanah dr Allah ^_^'

Saturday, March 30, 2013

cinta sejati hingga ke ka`abah.


Mamat : kalau suatu ari nanti saya pergi dulu sebelum awak?
Iya: kenapa cakap macam tu.?
Mamat : sebab awak pun tahu kan,,
Iya : apa DIa??
Mamat : kita hidup perkara yang paling dekat ialah kematian..
Iya : isshh,,awak suka cakap yang bukan2,,
Mamat : ialah,,sebab saya nak ingatkan awakk,,ingatan untuk saya juga,,
Iya : ishhh,,awak niee,,berapa kali nak cakap?? suka sangat pasal kematian,,
Mamat : sebab apa saya suka sangat cakap benda niee selalu kat awak,,??
Iya : saya mana lah tahu,,awak ingaat saya niee boleh baca keee,,memori dalam kepala otakk awakk tuh?? herrgghh,,
Mamat : hehehe,,tapi saya boleh baca dalam kepala otak awak sekarangg??
iya : haa?? ape dieeee?? cube cubee cakap??
Mamat : hmm,,sebab awak,,awakk,,awakk,, ( batukk ) aaargghhhh!!! awkk awakk,,,
Iya : ya alaahh,,mamat kenapa niee,,kenapa??
Mamat : hahahahahaha!!!!,,saya memainn jerrkkk,,,
Iya : ishhh,,,cepatlahh apa dia,,yang awakk baca dala pikiran saya niee,,
Mamat : pejam mata dulu,,okayy,,
iya : okaayy,,,
Mamat : 1,,,2,,,3,,, bukak cepatt,,
Iya : indahnyaa,,,
Mamat : kann,,sebab itu saya selalu ingatkan awak pasal kematian,,tapi awak rasa begitu yakinn,,indahkan kaa`bah,,hmm,,alhamdulillah kita sampai jugak di tanah suci,,awkk terima kasih jadi kekasih sejati saya,,sehingga kehari ini,, :)

Wednesday, March 27, 2013

Jangan Bersedih Tidak Dihargai


Bismillahirrahmaanirrahiim.







Apabila anda buat sesuatu kebaikan, anda buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah anda usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang anda tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun anda pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi anda seolah-olah anda itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih.

Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu.

Apabila dibelek-belek kembali lembaran sejarah dan kejadian yang berlaku dimuka bumi ini, banyak sejarah mencatatkan perkara seperti ini. Sebagai contoh, ibu bapa yang penyayang dan telah mengasuh anak-anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Memberikan pendidikan dan menempatkan di sekolah yang baik. Akhirnya, apabila si anak itu tadi berjaya, lupus segala jasa kedua orang tua dalam dirinya.

Jelik sungguh sifat sebegini.

Anda rasa, apa perasaan kedua ibu bapa itu tadi? Sedih dan kecewa, sudah tentu.

Kisah lain, seorang guru sedaya upaya membimbing anak didiknya menjadi seorang yang berguna. Hampir pada setiap masa memikirkan anak muridnya dan setiap kali sujud terakhir, ada doa diselitkan untuk anak didiknya. Tetapi, esok-esok telah berjaya, maka anak murid itu tadi akan melupakan sang guru serta menghinanya pula.

Dan, janganlah hairan sekiranya seorang sahabat sanggup bersusah payah demi sahabatnya yang lain, tetapi akhirnya, sahabat yang dibantu itu akan memulaukan anda malah mencaci anda pula. Ditambah lagi, anda pula difitnah dengan bermacam-macam fitnah yang satu pun anda tidak buat.

Kecewa? Memang ada.

Saya sendiri, pernah juga terasa seperti ini. Setelah apa yang saya telah buat, akibatnya, saya sendiri diserang dan diburukkan dari belakang.

MashaAllah. Hebat sungguh manusia dalam bab tidak menghargai.

Saya diam sambil memerhati keadaan sekeliling. Kenapa patut ada rasa kecewa? Sedangkan pada mula-mulanya, sudah memasang niat untuk buat sesuatu itu kerana ALLAh. Maka, penghargaan dari ALLAh itulah yang perlu dipandang dengan lebih.

Kenapa?

Penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari ALLAh itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang ALLAh itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih.

Makanya, apabila berhadapan dengan manusia macam ini. Rawatan awal yang anda boleh buat, adalah dengan, SENYUM.

Ya, Senyum.

Monday, March 25, 2013

sifat sifat MAZMUMMAH

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah&nbs p; rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebutâ

8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah

MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya

Friday, March 22, 2013

Pengalaman.

kenapa,,selalu begini,,sedangkan kejujuran telah ada,,memang betul orang cakap,,kalau kita suka orang tuh,,tak mungkin kita akan dapat cinta dia,,ini berlaku pada diriku,,bukan buat buat,,bukan cerita dongeng,,tapi memang betull,,memang kenyataan,,dengan mata terbeliak aku sendiri,,okay,,aku tau,,kau ada bagi tau kat aku yang kau dah berpunya,,memang kau dah ada bf,,tapi kau cakap,,bf kau dah lama tak contact dengan kau,,dah tak amik tau pasal kau,,itu sebelum kite kapel,,kau cerita dekat aku,,kau bagitau semua itu dekat aku,,okay,,setakat itu no problem,,then selepas kapel,,kenapa?? kenapa kau bagitau kat aku,,yang kau masih lagi dengan dia,,kau contact dia hari hari,,kau mesej dia,,kau ada bgtau nan aku,,yang kau ada keluar dengan exbf kau malam malam buta,,then kau bgtau kat aku yang kau keluar dengan kawan perempuan,,tapi kenapa kau tak boleh nak bgtau hal yang sebenar,,sampai aku tercari cari,,aku call,,bukan 2 atau 3 kali,,tapi banyak kali dah,,sampai naik habis kredit aku sebab voice mail,,okay,,malam tuh aku masih percaya kat kau,,tapi semakin hari,,aku tengok dah makin LEMAK. bukan lemak sebab apa,,sebab kau dah tipu aku,,kau tau tak,,kau tipu sapa??,,kau tipu aku,,kau tipu aku selama niee,,semalam tak jawab fone,,boleh aku maafkan,,sebab kau makan nan kawan kau,,tapi,,hari niee,,tengah malam buta aku call,,kenapa lelaki yang jawab?? bila aku tanya,,kau buat endah tak endah,,okay,,disebabkan itu aku terpaksa memaksa kau,,berulang kali,,aku tanya,,itu siapa?? itu siapa?? itu siapa?? kau pun jawab dengan tanpa bersalah,," itu ex saya" owhh,,selama niee kau keluar dengan kawan perempuan?? kawan perempuan itu kata ex?? kalau dah suara lelaki,,itu kata kawan perempuan,,ok,,aku dah kenal kau siapa..............

Monday, March 4, 2013

Insan bernama kekasih

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Ku sampakan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih

Saturday, February 16, 2013

Note

- Al Quran 100% fakta. Jadi, yang kuat auta sukar untuk percaya

- Ya Allah. Jika ini memang jalanku, mudahkanlah. Jika bukan jalanku, berikan aku petunjukMu.

- Biar berilmu tapi sentiasa rendah diri. Jangan jadi TIN KOSONG, macam-macam bunyi keluar macam dia sorang hebat, tapi isi langsung xde ~

- Kita tahu kudrat kita hanya kepada Allah, tetapi kita tetap sombong dengan kekuatan dan kelebihan kita.

- Doa merupakan sesuatu perkara yang sangat pantas. Sebelum kita membuka mulut, doa sudah sampai kepada Ilahi

- Semua org berhutang. Jadi amat penting memohon kepadaNya agar dapat diselesaikan segala hutang itu sebelum nafas terhenti

- Terimalah teguran dengan hati yang terbuka. Mereka nampak salah kita, tetapi kita tidak.

- Terkadang kita belajar, kadang kita mengajar. Setiap kita adlh murid juga guru dalam kehidupan. Bijaklah memetik hikmah di setiap kejadian.

- Berjanjilah wahai hati, jangan kau mati sebelum aku mati

- Dunia DIKEJARI, akhirat DILUPAI, aurat DIKETEPI, fesyen DIIKUTI, masjid DIPINGGIRI, mall DIPENUHI, itulah akibat ISLAM HANYA PADA IC.

- Ya Allah, jgn kau sibukkan tgn kami dgn kesibukan urusan dunia, dan jgn penuhkn hati kami dgn harapan kpd dunia.

- Ramai orang yang berusaha mencari siapa yang bersalah daripada mencari jalan penyelesaian masalah

Friday, January 4, 2013

Anda patah hati

                                                                        Patah hati?



                                                                           Sedih?




                                                                      Tak sanggup?




                                               Nak tahu cara untuk lepaskan semuanya?






                                                                      Ini...




                              


Masa yang akan mengubati segalanya..


Dan kuncinya adalah...



SABAR SABAR DAN SABAR..

Redah Sungai Bukan Redah Hujan Lahh..










Terbaik sebab keberanian dia orang.