Saudara Saya :)

"Sesungguhnya aku Sedang menasihati kamu, bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. [imam Hassan Al Basri]

Tuesday, December 11, 2012

Cinta Tak semestinya Dibuktikan Melalui pegang tangan.

awak. kalau kita takkan bersama nanti nak tak kita pegang tangan sekarang? nak kita peluk cium sekarang, sedangkan kita tiada ikatan sah apa apa pun. kalau kita peluk, kita cium apa yang awak dapat, apa yang awak rasa? adakah bukti yang awak sayang saya? kalau sebab itu awak sayangkan saya, awak salah, lagi bagus kita jauhi semua itu sebab itu hanya nafsu dan boleh merosakkan hubungan kita, sebab syaitan akan menghancurkan hubungan kita disebabkan hanya pegangan tangan. ia selalu bermula melalui pegangan tangan dan akan membawa kepada nafsu yang boleh hancurkan hubungan kita. percayalah, sebab cinta yang suci akan menjaga batas dan juga terpelihara daripada kerosakan, bukan sahaja kerosakan pada maruah awak, tapi akan merosakkan masa depan awak, masa depan keluarga kita, dan juga kerosakan kepada ahlak kita. bila couple dibuktikan sayang melalui pegangan tangan mulalah bermanja peluk tubuh, dan berani buat gigitan cinta. semakin berani melanggar semua itu ahklak kita juga akan rosak, sudah berani melanggar perintah tuhan apatah lagi mendengar nasihat rakan rakan disekeliling awak. awak akan menjawab" bestt buat begitu, sebab itu sahaja boleh merapatkan hubungan kami" sebab awak yakin dengan cara itu dapat eratkan hubungan awak berdua, tapi sebenarnya tidak, awak sudah merosakkan diri awak sebenarnya. semasa awak kecil, awak diberi didikan agama, awak dijaga oleh ibu awak seperti permaisuri dan tiada sesiapa yang berani hendak mengambil dan menyentuh awak. disitu awak telah berjaya menunjukkan diri awak begitu mahal, begitu berharga, tetapi bila datangnya seorang awak mula menjauhi semua itu, awak telah merosakkan dan menjual segala barangan berharga yang awak ada pada diri awak. sekarang awak rasa itu semuanya murah sekarang, awak dedahkan kepada semua lelaki, bukan hanya pada bf awak tetapi awak juga dedahkan kepada semua lelaki, yang rasa benda yang awak dedahkan itu sebenarnya mahal, padahal yang mahal itu sebenarnya hendaklah dijaga dengan rapi, tetapi awak selalu dedahkan kepada semua. seronok yang lain dapat melihat benda mahal secara percuma. awak tidak menjaganya seperti mana awak menjaganya semasa kecil. semasa kecil comel awak menutupi semuanya seperti bidadari, tetapi itu semuannya dulu, awak dah berani melanggar perintah tuhan sebab awak rasa diri awak dah bear panjang, awak yakin awak boleh menjaga semuanya.

Sunday, December 2, 2012

Harimau Malaya

Sudah Bersedia untuk ke Semi Final. Hahaha. Okay. Mula mula kita hampa dengan game pertama lawan singapura sebab kalah besar 3-0. then menang bergaya dengan laos. dari sini kita dah lihat apabila sejarah tahun 2010 akan berulang lagi selepas skrip yang sama akan berulang lagi pada tahun ini. betul kew? okay sebelum nie kan kita kalah dengan indonesia pada match pembukaan masa aff suzuki 2010.


dulu masa 2010 kalah teruk lagi teruk pada tahun ini. setelah mereka bangkit kalahkan laos dengan jaringan besar 4-1. barulah kita sedar, yang kita patut layak dihormati oleh pasukan lain. sebenarnya harimau belum tunjuk belang yang sebenar. hahaha. okay kita lihat video malaysia kalahkan indonesia dengan jaringan 2-0



selepas kemenangan ini. layak lah pasukan kita ke semi final yang menemukan thailand pada 8 disember tak silap aku. gud luck Harimau Malaya. kita akan jadi pasukan yang ke 12 dalam team anda iaitu ULTRAS MALAYA!!!!!


Wednesday, November 28, 2012

Orang Melayu

1. Org Melayu adalah keturunan Nabi Ibrahim . .
2. Org Melayu mggunakan tulisan jawi sme dgn tulisan arab . .
3. Org Melayu tinggi budi dan trkenal dgn sopan santun . .
4. Org Melayu cantik2 mewarisi Nabi Yusuf . .
5. Org Melayu tinggi dgn puisi dan pantun yg indah2 . .
6. Org Melayu bukan berasal dari Tanah Melayu . .
7. Org Barat jajah Tanah Melayu kerana kita keturunan Nabi . .
8. Kenapa byk ne
gara Barat hendak jajah Tanah Melayu? Kenapa
tidak negara besar2 sprti China, Arab Saudi dan lain2??
9. Org Barat ubah sejarah Melayu dan masukkn dlm pendidikan skrg
dan kita percaya bulat2. .
10. Org Melayu ramai mggunakan nama2 nabi . .
11. Org Melayu byk melahirkan ulama . .
12. Tanah Melayu merdeka hanya atas kertas perjanjian Barat tetapi
kita masih dlm kawalan mereka. .
13. Org Barat mgkaji keturunan Melayu utk merosakkan Melayu . .
14. Org Barat menunggu Imam Mahdi dikalangan org2 Melayu . .
15. "Melayu mudah lupa" asal usul keturunan mereka . .
16. Org Melayu jgn tertipu dgn dunia yg penuh lakonan ini . .
17. Org Melayu perlu berubah, apa tujuan hidup sebenar . .
18. Org Barat buat fb utk kaji asal usul keturunan Melayu dan
menanti kedatangan Imam Mahdi . .
19. Segalanya rahsia ada didlm Al-Quran . .
20. "Takkan Melayu hilang didunia" Hang Tuah

Ini Yang Kami Mahukan.


Sunday, November 25, 2012

Kita Sekecil Seperti Kuman. Tapi

tapi..kita sanggup melanggar perintah tuhan.
tapi..kita sanggup membuat dosa dengan sengaja.
tapi..kita selalu melengahkan perkara yang wajib.
tapi..kita selalu buat endah tak endah apa itu nasihat.
tapi..kita selalu lupa dan leka pasal solat dan kewajipannya.
tapi..kita selalu bergembira sebaliknya tak pernah nak bersyukur apa yang ada.
tapi..kita berlagak hebat seperti yakin kita akan masuk ke syurga.
tapi..kita selalu mengumpat dan suka bercerita keburukan orang lain.
tapi..kita suka bangun lewat sehingga tinggalkan yang wajib.
tapi..kita suka tanam dalam hati " nanti dah tua boleh buat benda semua itu"
tapi..kita tak amik iktibar pasal saudara kita yang ada di sana.

Tuesday, November 13, 2012

Sweet Memories.


don`t close your eyes


because i miss you babe


Semua nak tunjuk skill

auchaakkkk....



soo gooodddd...


forever and everr...








Jum ke sekolahh :D


Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing.


Darwis dah kenapa?


Mesej Dengan Orang Tersayang..



Minggu minggu Terakhir..


Sweet..


Babai ARMT Batch 01 JB










Babai Semua..Good Luck. . i will miss you again n again :)

Friday, November 2, 2012

Setelah Lamanya Berblogging

Semasa Berblog ada sahaja kritikan
Semasa Berblog Ada Sahaja Komen
Semasa Berblog Ada Sahaja Halangan
Semasa Berblog Bermcam macam idea yang aku hasilkan
Semasa Berblog Ada sahaja Yang curi curi Dengar
Semasa berblog Ada sahaja Yang curi curi baca
Semasa Berblog dah beratus Post Aku cuba buat
Semasa Berblog Kadang leka dengan keadaan sekeliling
Semasa Berblog sometimes ada orang kritik but aku buat Don`t no je
Semasa Berblog aku tahu mana yang baik dan buruk semasa aku hasilkan post.
Semasa Berblog sometimes benda ini buang masa
Semasa Berblog menghiburkan
Semasa Berblog banyak Masalah dapat aku kongsi

So pada geng yang rasa nak berblog. jum lah hasilkan blog sendiri.

Sunday, September 30, 2012

Kisah Taubat Seorang Lelaki

Zun Nun Al-Misri mendengar bahawa ada seorang yang sangat alim dan zuhud, maka pergilah dia ke sana untuk belajar. Sesampainya di sana dia menjumpai seorang lelaki menggantungkan dirinya pada sebatang pokok dengan kepala ke bawah.

Orang itu berkata: “Wahai diri! Tolonglah aku dalam mentaati Allah. Kalau tidak nescaya aku akan hukum engkau dalam keadaan seperti ini sampai engkau mati kelaparan.”

Zun Nun mendekati orang itu lalu memberi salam dan dia menjawab.

“Apa yang telah terjadi dengan engkau ini?” Tanya Zun Nun.

“Tubuhku ini telah menghalangi aku untuk berseronok dengan Allah, kerana ingin bersuka-suka dengan manusia.” Jawab orang itu.

Dengan jawapan itu, Zun Nun menyangka bahawa orang itu telah menumpahkan darah sesama Muslim atau telah berbuat dosa besar lainnya.

“Apa yang telah engkau lakukan?” Tanya Zun Nun.

“Tahukah engkau bahawa jika seseorang itu bercampur baur dengan orang lain, banyak perkara yang boleh berlaku?”

“Kalau begitu, engkau ini betul-betul orang warak dan alim,” kata Zun Nun.

“Mahukah aku tunjukkan kamu orang yang lebih alim dariku?” kata orang itu.

“Boleh juga,” kata Zun Nun.

“Nah, sekarang pergilah engkau agak ke atas bukit ini. Insya Allah, engkau akan berjumpa dengan wali Allah yang saya maksudkan itu,” kata lelaki itu.

.

Maka segeralah Zun Nun mendaki agak sedikit ke atas lagi sehingga akhirnya ia berjumpa dengan satu tempat pertapaan yang di dalamnya ada seorang pemuda sedang duduk bersila, sementara di hadapan pintu pertapaan itu ada sebelah kaki yang terpotong membusuk dan dimakan ulat. Zun Nun sangat ngeri dan tidak faham apa yang dilihatnya itu. Maka diapun bertanya kepada pemuda tersebut apa ertinya semuanya itu.

Pemuda itu menerangkan bahawa pada suatu hari dia sedang duduk di dalam beribadahnya, tiba-tiba ada seorang perempuan yang melintas di luar. Apabila dia terpandang kepadanya, timbul keinginannya kepada wanita cantik itu dan cuba untuk mengejarnya dari belakang.

Akan tetapi, baru saja dia melangkahkan sebelah kakinya ke luar dari tempatnya, tiba-tiba dia mendengar suara: “Wahai manusia, apakah engkau tidak merasa malu? Setelah tiga puluh tahun engkau menghadapkan hati kepada Tuhan, tiba-tiba sekarang engkau telah mahu ditipu oleh syaitan dan akan mengejar perempuan jahat itu.”

Disebabkan kerana kesalahannya itulah, pemuda itu telah memotong sebelah kakinya yang telah terlanjur keluar dari tempat ibadahnya.

“Jadi aku ini sebenarnya orang berdosa,” kata lelaki itu.

“Maka dari itu engkau tidak patut menemuiku yang sedang dalam penantian keputusan ini. Jika engkau ingin menjumpai seorang yang betul-betul wali, pergilah engkau ke puncak bukit ini.”

.

Sayang puncak bukit tersebut terlalu tinggi dan sukar untuk didaki sehingga Zun Nun tidak sanggup mencapainya. Sebaliknya dia hanya mendengarkan saja cerita si pertapa dari orang-orang yang mengetahuinya.

Katanya ada seorang lelaki yang telah bertahun-tahun mengabdikan dirinya kepada Allah. Dia telah bersumpah untuk tidak makan selain dari usahanya sendiri dan tidak akan makan makanan yang telah diproses. Dengan izin Allah, sekumpulan lebah telah membuat sarang di dekat tempat ibadahnya, dengan madu lebah itulah wali tersebut mengalas perutnya.

*begitulah taubat para orang yang alim, merasakan setiap setiap kesalahan yang kita anggap ringan, sebagai suatu perkara yg menghalang dari syurga. Jadi dimanakah tahap kita? adakah syurga itu sudah terjamin untuk kita?



Tuesday, August 21, 2012

cinta antara kita ialah Hati Atau Harta

kalau saya bagi awak harta. awak jaga dia macam mana? kalau saya bagi hati ini. awak jaga macam mana. sebab kedua duanya adalah paling berharga bagi awak. tapi dengan sejujurnya saya nak awak pilih antara satu. yang mana awak nak. hati atau harta. kalau saya ada harta pun bukanlah sekaya orang usahawan. yang adapun kira syukurlah boleh tampung hidup saya. boleh makan dengan sendiri. itupun kalau dah terdesak baru pinjam mak dan ayah. kalau mak dan ayah pun tiada duit siapa lagi saya mahu minta. so saya pun kena kerja supaya dapat wang saku. itupun cukup cukup makan. kalau nak bandingkan dengan hidup awak. semuanya nak branded nak yang berharga beratus bagai. ishhh. itupun kalau saya mampu lah. sebab itu saya nak awak pilih. sama ada awak mahu hati atau harta? kalau awak pilih hati. saya rasa awak akan kata " kalau hati mana nampak, kalau nak tengok mesti kena bedah " memandai awak jee. saya nampak kebijakan awak disitu. kalau nak tahu macam mana nak nampak hati. awak lihatlah macam mana saya jaga awak. saya treat awak , saya lindungi awak. kalau awak rasa selesa dengan saya. itulah hati saya. bukannya selesa sebab harta. bukannya selesa sebab kata kata yang menggunungnya janji seperti gunung everest. sebab itu semuanya paslu belaka. yang betulnya datang dari hati, datang dari tuhan yang esa. if one day awak dah ada keputusan, awak bagi tahu saya.

after one week.

setelah itu dia bagi jawapan dengan hati yang ilkhlas. dia tak kata dekat saya. dia tak hantar mesej dekat saya dan dia tidak hantar voice mail dekat saya. but apa yang saya dapat gambar istimewa dia bersama kekasih baru dia. dia bergembira sekarang. alahai kenapa awak buat saya gembira . gembira saya tak macam orang lain. gembira saya ialah gembira melihat orang yang saya sayang bersama orang lain. itu lah dikatakan gembira yang saya ada sekarang. hmm. itu lah dikatakan cinta yang pernah awak kata dekat saya. awak cakap " sumpah saya tiada orang lain, sumpah kita akan bersama " pandai awak memujuk hati saya.


Thursday, August 16, 2012

Selamat Datang Aidilfitri Selamat Tinggal Ramadhan

Assalammualaikum Semua. Alhamdulillah Bulan Ramadhan yang kita lalui dalam tahun ini dilaksanakan dengan sempurna. semua kita lalui dengan sempurna sekali. Hope Ramadhan yang akan datang pada tahun depan akan kita temui lagi. Amacam puasa korang semua. ada mencabar tak macam yang aku lalui pada tahun ini. Hope semua yang kita lalui kita ambil iktibar dan kita betulkan pada ramdhan akan datang. Amin. alaa. cerita pasal Ramadhan je. kita nak tutup pula pasal Ramadhan. kita buka buku baru pula cerita pasal Aidilfitri pula kan. kalau cerita pasal Raya pula. Semua nak cerita gempak pasal baju raya. baju raya warna apa? kasut apa? raya kat mana? wahh nampak tak kemeriahan dia disitu. ingat okay. " Raya for orang yang rajin berpuasa je k". HAHAHA. okay dengan ini saya menjujung sepuluh jari. kalau ada silap kata, atau menyombong diri atau kelakuan saya keterlaluan terhadap anda semua. saya minta maaf sekali lagi dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki.

Tuesday, July 17, 2012

Yabg Baik Dibalas Baik.

One Day. kita tersungkur jatuh. secara tiba-tiba luka dilutut ketika itu amatlah pedih rasanya. then tiada siapa pun yang peduli. tiada siapa yang hirau waktu itu. kemungkinan waktu itu manusia disekeliling kita busy dengan Tab , fone serta kekasih hati beliau.

" aduuhhh. sakitnya kaki ku. macam mana niee? "
then datang seorang anak kecil yang lingkungan berumur 9-10 tahun. dia membantu kita, dia yang tarik tangan kita.sometimes kitapun rasa malu,  rasa segan, sebelum ini aku selalu memarahi adik adikku. aku selalu buat dia menangis. tetapi ternyata kesombongan yang aku lakukan sebelum ini hanyalah perkarayang sia sia. sebaliknya dia yang membantu aku, aku tak patut buat beliau begitu. anak kecil lah seorang yang smpurna, dialah seorang yang bersih dari perkara perkara dosa. akan tetapi bila kita lihat disekeliling, bagaimana keadaan beliau? BULETIN UTAMA: Kanak lingkungan 2 tahun didera. dicampak.
" Korang perasan kan semua ini yang berlaku? " Sometimesaku nak menitis bila lihat keadaan budak yang dilakukan sebegitu rupa. Apa Salah Dia! Apa Dia Buat Terhadap Pada Kita! Dia seorang yang baik, dia baru je nak mengajar erti kehidupan. Dia Patut diberi kenahagiaan bukannya penderaan. Adakah kita hendak menyalahkan diri kita atau pihak disebaliknya. kita Renungkan lah. kita sesama Manusia. takpatut berkasar, tak patut mendengki. sebaliknya kita curahkanlah ilmu kita, keringat kita kepada yang memerlukan bantuan.

Wassalam
From Me , KapalTerbang Kertas.

Monday, June 4, 2012

Hero Lindungi awek Dia Pakai power. Tapi kalau kami yang lelaki lindungi awak pakai Iman.

Gadis Menangis teresak esak. dia mencari ketenangan didalam kehidupannya. tapi tidak dijumpai. dia mencuba untuk melarikan diri dalam permasalahan itu. tapi dia tetap tidak berjaya. tiba tiba ada seorang hamba datang.

Spiderman : Hey. kenapa cik adik menangis. Nak Saya Bawak awak jalan jalan tak? saya ada sarang yang boleh melekat disemua bangunan. kita boleh terbang tinggi2.
Gadis: Tak nak! tak best.
Spiderman : Ok Fine.

Tiba tiba datang pula Superman.

Superman : Hai. Jum Ikut Saya Pergi Ke langit. Kita Tangkap Burung. Kita Berjalan Di Angkasa. saya boleh Lindungi awak kalau awak dalam kesusahan.
Gadis : Tak Nak! Tak Meriah.
Superman: Ok Fine.

Tiba tiba Datang Pula

Lelaki : Assalammualaikum,
Gadis : Waalaikumsalam :`)
Lelaki : Kenapa Cik Adik Sedih. Jum Ikut Saya. Saya Tak Bagi Harapan Apa apa pada cik Adik. tapi yang saya ada cuma ilmu untuk membantu adik ke tempat yang lagi baik yang ada pada hero hero tersebut =,=. tengok saya ada kuasa ajaib. kalau nak tengok kita kena sabar. sebab dekat dunia saya tak dapat tunjuk. kalau cik adik sabar. jum saya ajar cik adik.

Saturday, April 7, 2012

Update Blog

Salam Semua,,hari niee nak try update blog lahh,,dah lama kot tak update,,tak tau lahh nak cerita pasall apa,,tapi aku akan cuba nak bukak cerita yang terbaik untuk korang semua,,hmm,,


HAHA,,Terbaikk Dari Ladang,, =,=

Saturday, March 17, 2012

Couple dengan Cinta Tidak sama

Saya Sentiassa berkata pada diri, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya hendak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya ( Kemurkaan Allah ) ? Di Situ sahaja kita boleh membuat garisan membezakan cinta dan couple.

Couple ini, hendak pegang-pegang tangan, hendak sembang dekat-dekat, hendak `jiwang` lebih-lebih, hendak romantik, buatlah selepas berkahwin. Hendak bercinta sebelum kahwin dek tiada duit mahu kahwin, belajar tidak habis, mak ayah tidak benarkan berkahwin lagi, buatlah gaya bercinta sebelum kahwin. Sudah ambil jalan susah, kena guna cara susah juga. senang cerita, kalau hendak senang, dua sahaja solusinya, berkahwin atau tidak payah bercinta.

Jadi, tiada masalah kalau bercinta tanpa couple. masih cinta. bersih pula.
Siapa kata Couple = cinta?
Boleh tukar definisi itu.

Friday, March 9, 2012

GoodBye

Aku Dapat Melihat Kesakitan Di mata Kau
Dan Aku Tahu Betapa Susahnya Kau Mencuba Membesarkan Aku
Kau Melindungi Aku Terlalu Banyak
Aku Dapat Merasa Hati Dan perasaan kau yang penuh Simpati dengan Aku

Aku Tak Nak Kau Jatuh
Aku Tak Nak kau Pergi Dulu Sebelum Aku Berjaya
Aku Tak Nak Kau Lindungi Aku Sebaliknya Aku Lindungi Kau
Daripada Mana Kau, Aku Janji Akan Jaga Kau
Jangan Tanya Kenapa
Hati Aku Rasa Berbesar Hati Untuk Membalas Jasa Kau

Beca Berjalan Mencari Cinta

Letih Pun tak hilang lagi,,masalah dengan teman wanita pun tak selesai sepenuhnya,,dalam perjalanan pulang,,mamat penuh hampa dan juga keletihan ketika itu,,pulang dari bekerja pada waktu peetang,,hanya berjalan kaki untuk menuju kerumahnya,,dalam perjalanan pulang kerumahh,,dia terhenti di pondok,,untuk hilangkan penatnyaa,,tibanya di pondok itu,,Mamat terpijak sesuatu,,

Mamat Berkata :
'Aeehh,,apa pulakk nieee,,

dia cuba mendekati benda uhh,,berwarna biru,,dan mengambilnyaa,,,

"nie kad pengenalan niee,,sape punya lahhh niee,,NurulAin Binti Ahmad,,cantik juga orangnya,,simpan dululahh,,esokk aku baru pulangkannya,,Harap-harap dia mencarinya lah esok,,"

Ketika itu Mamat menyimpan Kad Pengenalan itu,,Dia Merancang untuk memberi dan menjumpai pemilik itu disini,,Pondok usang yang tiada penghuni itu sungguh menyeramkan,,Mamat menjumpainya disitu,,

Pada keesokan harinya,,

Di Pondok Usang itu Mamat Menunggu,,dekat 4 jam jugak mamat menunggu tiada sesiapa yang menegur bertanyakan kad pengenalan itu,,soo,,Mamat berpikir Sejenak,,

"Tak Mungkin Dia akan mencari Kad Pengenalan Dia kat sini,,haaiihh,,tak betol lahh aku niee,,dia tercicir kott,,tak kan lahh kat pondok usang niee dia nakk cari,,hmm,,alamat ada,,Ha!! apa lahh aku niee,,try lahh pi umahh diaa,,hope dia ada lahh,,"

Alamat rumah yang ada dalam Kad pengenalan itu berhampiran dengan perumahan rumah mamat,,Sampai jew,,Dirumah tersebutt,,Tekan Je Lonceng Rumah itu,,

Mamat : Asslammualaikum,,
Pakcik : Waalaikumsalam,,Anak Cari siapa?
Mamat : pakcik nie betol kew alamat rumah niee,,cuba pakcik tengok Kad Pengenalan niee,,
Pakcik : Aehh!!,,mana kau jumpa niee!!,,Kau Nak Apa Darii Dia!!,,Berambuss!!,,
Mamat : Pakcik niee siapa,,

Tiba2,,seorang gadis keluar dari pintu rumahnyaa,,,

Gadis : Pakcik,,Biar bagi dia masuk dulu,,
Pakcik : Baikk Puan,,
Gadis : Aadik Cari siapa sebenarnyaa??
Mamat : Puan,,saya sungguh hairan,,Rumahh Besar,,Kereta Berbuah buah,,Tapi kenapa,,Kad Pengenalan Puan,,Puan Tak Simpan Baik2,,
Gadis : Hmm,,Mana,,bagi saya tengok Dulu Kad Pengenalan uh??
Mamat : Nahhh,,Nie diaa,,

Mamat Dengan keyakinan

Gadiss : issskkk,,isskkk,,mana Adik Jumpa niee??
Mamat : Katt Pondok tepi jalan uhh,,Pondok uhh seramm,,saya balik keje semalam,,saya jumpaa kat atass lantai pondok uhh,,
gadiss : Niee bukan Saya Punya,,Tapi ni lahh,,satu satunyaa anak yang saya ada,,
Mamat : hmm,,yekeww,,tapi kenapa Puan Menangiss,,
Gadiss : Jum Saya Bawak Adik Kebilik Diaa,,
Mamat : aeehhh,,tak pelaahh,,saya nak balik dulu,,lagi pun dah nak masuk maghrib,,
Gadis : takpe takpe,,adikk jangan risau,,selepas benda nie selesai,,Makcik suwohh driver anta adik balikkk
Mamat : tapi kenapa Puan Beriya sangat niee,,

Ketika itu Mamat Bertambah serius kerana ingin mendekati gadis itu,,Dia Menghiraukan kepenatannyaa,,Kad Pengenalan Yang Dijumpai Mamat uhh,,Bukan pemilik perempuan itu,,tetapiii Milik Anaknya,,

Mengentuk Pintu Bilik NurulAin,,

Gadis : Ainn,,ainn,,buka pintu japp,,dah sebulan kau memerap dalam bilik,,niee ada kawan Ain Datangg,,
Ain : Berambuss!! berambuss!!
Gadis : lihatlahh,,dia berkerass hatii,,dia masih tak nak membuka pintunyaa,,Saya Minta tolong sangat dengan adikk,,adikk tolonglah selamatkan Ain,,
Mamat : tapi kenapa Puan,,saya Tak fahamlahh,,tiba2 saya menjadi mangsa pulakk,,
Gadis : Jum turun Bawah,,saya nak tunjuk Kat Adik sesuatu,,

Bila penerangan telah diberi oleh ibunya ain,,barulah Mamat sedar,,yang BF Ain Dulu seiras Dengan Muka Mamat,,Si Ibu bertambah yakin kerana Mamat akan berjaya memujuk Ain untuk menjadi seperti dulu,,Dulu Ain seorang yang periang,,selalu gelak ketawa,,tetapi selepas kehilangan BF dia dulu,,dia menjadi seperti sekrang,,dahulunya Ibu Ain tidak merestui perhubungan mereka,,kerana BF dia dahulu,,hanyalah seorang penarik Beca,,tetapi setelahh,,BF ain pergi meninggalkan ain,,Ibunya Sedar,,yang Ain Perlukan kasih sayangg lebih dari seorang lelaki,,ibu bapanya yang mementingkan kekayaan kurang memberi serta tumpuan kepada ainn,,sebaliknya ain mencari kasih sayangnya itu dengan BF dia,,tetapi Ibu Bapanya yang tidak merestui hubungan mereka ketika itu,,sehinggakan,,Pondok usang itu menjadi cerita,,

Gadis : Mamat,,Mamat dengar sini,,kalau mamat nak tauu,,pondok itu dulu sebenarnya adalah tempat persembunyian mereka,,setiap kali Ibu menghalau teman lelaki Ain,,ain selalu menemani Bf dia Di situ,,kerana Ibu sungguh mementingkan diri,,ibu tak sangka,,yang Pondok Usang itu adalah tempat tinggal keluarga BF ain dulu,,Ibu kejam!!,,ibu sanggup memanggil pengawal ibu supaya hancurkan pondok itu,,
Mamat : tapi kenapa Puan buat macam uh sekalii,,sekarang mana Teman lelaki dia??
Gadis : Ibu takut ain menjadi susah,,dulu ibu tak suka dengan teman lelakinya itu,,sebab dulu ibu selalu hina dia,,kalau mamat nak tauu,,BF ain dulu selalu bawa ainn jalan2 pusingg bandar naik beca,,dulu ibu malu dengan hubungan mereka,,sebab BF dia seorang penarik beca,,hmm,,BF dia pergi dari sini,,tak taulahh mana BF dia pergii,,
Mamat : owhh,,macamm ituu,,hmm,,

setelahh,,sehari mamat mendengar penerangan dari ibunya ain ituu,,mamat diberi kesempatan untuk memujuk ain dengan cara meniru segala perbuatan ex BF dia dulu,,lama kelamaan Ain Semakin Mendekati Mamat,,sebenarnya Kad pengenalan yang dijumpai mamat itu,,ain tercicir di pondok ketika itu,,ain sedang bergelut ketika itu,,sehinggakan ain tidak menghiraukan segala keperluannya,,tetapi yang dia mahu Hanya cinta dari seorang penarik Beca.

-Tamat-




Rekaan semata mata 

Tuesday, February 28, 2012

I`m waiting For Someone



Menunggu sesuatu yang menyakitkan
dengan senyuman dapat menenangkan perasaan sekejap,,
padahall dalam hati pilu,,bila hati dah pilu mula lah air mata nak keluar,,
Bila Air Mata Dah keluar,,ada rasa insaf nak dekatkan dengan tuhan,,
Sampai Bila Nak menunggu lagi,,kadang kadang bersabar memang boleh,,
tapi perasaan nie yang tak boleh nak sabar,,bila sabar,,semua perasaan yang ada akan Pendam,,
Bila dah pendam mulalah Hati Nie dah terasa rasa nak tarik seseorang itu dan Luahkannya,,
Macam kentut,,Bila Ditahan ia akan sakit,,Bila dah Lepas rasa Lega,,Bila Dah lega itu,,
Datang Pula Masalah lain,,Masalah Nak terima atau tak,,Sometimes Mungkin
Mencarut,,sometimes Buang Masa,,Sampai Bila Nak senyum Dan Bersabar,,Setelah Menuggu,,
Aku tahu Yang Kau dah berpunya,,sayang semuanya sudah terlambat,,
tak guna nak bersabar Lagi,,Biarkan Aku Membawa Diri :)

Sunday, February 26, 2012

Fahamilah Pengertian Aku ini


Semenjak dua 3 hari ini aku selalu terbayang bayang dengan wajah niee,,
sebelum nak tidur aku mesti terbayang dan seperti ternampak wajah niee,,

jangan kau tanya kenapa,,
jangan kau tanya yang aku nak tunjuk baguss,,
jangan tanya aku tak cukup Ilmu nak ingatkan,,
jangan nak tunggu sampai seru,,

tapi aku rasa simpati pulakk dengan warga syria kat sana,,jugak saudara kau juga aku,,banyak yang dah terkorban,,tapi kita kat sini,,masih boleh tengokk wayangg,,boleh bermesra dengan Boyfreind And Girlfreind kita,,makan pun KFC,,MCD,, semua nak fastt,,tapi sometimes terpikir tak sedara aku dan kau kat sana,,aku tertanya tanya,,sampai bila kita nak sedar,,sedikit demi sedikit yahudi akan menghancurkan islam,,sekarangg group Murtad dah ditubuhkan,,

sometimes memang aku rasa kecewa,,terasa kecewa lahh,,kecewa!! bila kau dah lemah tanpa pegangan agama,,senang jew dia nak hancurkan kau,,kau pun dah tau,,sekarangg banyak kes bakar al-quran,,sekarang niee pun susah wehh nak jumpa masjid yang berdekatan,,susah wehh nak dengar azan subuh,,korang kena jaga2,,aku dah mula rasa gelisah,,takut,,aku takut sebab agama aku dah makin jauh menghilang,,

semakin hari,,semakin ketinggalan lah kita kalau pegangan agama kita tak setia,,suatu hari nanti,,korang akan rasa bila agama disisi,,kau akan merasa seperti aku sekarangg,,kalau kau sayang islam,,mesti kau akan menegakkan agama kau,,kau akan sebarkan semua benda pasal agama,,

Cintailah Dirinya,,kerana Dialah Yang Lebih sempurna,,Apalah ada pada aku,,Cintailah Allah!


Friday, February 24, 2012

Siti Binti Abdullah

setelah beberapa hari siti berada dalam koma,,akhirnya dia tersedar dari mimpinya itu,,sejarah hitam yang berlaku dalam hidupnya memang susah nak lupakan buat selamanya disebabkan kehilangan insan yang dia sayang selama ini,,insan itu yang digelar lelaki terakhir dalam hidupnya tidak kesampaian,,setelah lelaki itu meninggalkan dunia buat selamanya,,

Siti : isskkk,,issskk,,
Wulan : sudah sudah lahh siti,,
Siti : tak bolehh aku memang susah nak lupakan dia,,aku banyak buat dosa nan dia,,aku ingat lagi,,selalu dia nasihat kat aku,,tapi aku tetap tak nakk dengar nak ikut nasihat dia,,aku jew yang kerass kepala,,susah sangat nak dengar kata diaa,,kalau lahh masa niee boleh diundurkan lagi,,aku janji wuu,,akan sayang dia betul2,,tapi,,
Wulan : tapi apa lagii siti,,masa kau koma seminngu aku yang siram air kat batu nisan dia,,teruk siti kereta dia,,hancur,,kau syukur lahh waktu tu,,sempat lagi diselamatkan,,allah panjangkan lagi umur kau,,supaya kau boleh bertaubat,,tapi dia dah pegii,,mungkin allah sayang kan diaa siti,,
Siti : stopp!! stopp!! dah aku nak dia nak diaa!!
Wulan : kau gila keww,,dia kan dah takda,,niee surat terakhir dia kat kau,,aku jumpa kat seluar arwah,,kau bacalahh,,

" dalam surat itu "

Awaksemuanya sudah terlambat
Tak guna awak kesalkan lagi
Awak semuanya sudah terlambat
Biarkan saya membawa diri

Berulangkali awak ulangi kesilapan awak
Diri saya hanyalah sandaran cinta sementara

Mengapa awak tak setia dalam percintaan
Terhempas saya bagaikan kaca berderai
Selepas itu awak akan menyesali

awak semuanya sudah terlambat
Tak guna awak kesalkan lagi
Awak semuanya sudah terlambat
Anggaplah saya tiada lagi
Terlanjur luka biarlah hati saya terluka
Apa terjadi biarkan saya tanggung sendiri

Siti : memang dulu aku tak setia,,aku pernah janji nan dia wuu,,yang aku nak sayang diaa,,tapii itu semuanya hanya kata2,,aku selalu mainkan perasaan dia,,dia memang banyak berkorban nan aku,,tapi tak sangka pulakk boleh jadi macam niee,,
Wulan : dah tak payah nakk pikir lagi,,jum balik,,

selepas membaca surat itu,,siti menyimpan baik baik,,siti dulunya seorang yang bukan beragama islam,,kini telah memeluk agama islam,,setelah mendapat mimpi semasa dalam keadaan koma,,dia menjadikan mimpi itu sebagai petunjuk,,dia menceritakan segala yang terjadi pada wuu,,siti tertarik dengan islam setelah mengingati balik peristiwa yang terjadi pada dirinya bersama lelaki itu yang selalu menunjukkan peribadi yang mulia,,siti dulu bukannya islam serta tidak pernah mengenali islam,,kini tertarik dengan agama islam,,sehingga sekarang siti menjadi ustazah,,

Tuesday, February 21, 2012

Kawan Di Laman Sosial < 3

Bermula Di MYSPACE

2010



setelah berbulan di Facebook


Hanya Sebagai Kawan

2010-2011


lepas Facebook,,
2012


baru petang tadi mesej Dia dah nak ke Twitter lakk,,


Sunday, February 19, 2012

Serba Sedikit Pasal Pemilik





Hanya Mengambil Masa 5 Minit !

ok hari ini aku menunjukkan cara cara nak memudahkan korang untuk makan tengah hari,,saja2 fun k,,this call Mee goreng versi ala ala finepix fever,,HAHA,,ok,,first step


periuk mesti ada bagi merendam mee itu menjadi lembut,,telur penting,,untuk menambahkan lagi selera dan juga guntuingg,,


ok,,selepas barang dah siapp,,janji serapah dulu,,haha,,lek lu,,isi air setengah dalam,,nafas hidung owg cakap ann,,panaskan bagi didih,,,bagi dia mengelegakk,,


sementara menunggu air itu mengelegakk,,ok amik guntingg bedah diaa,,soo terkeluarlahh isi sis dalam beg tuhh,,


ok,,tengokk tuhh,,air yang berkuman dah mendidih setelah dipanaskan,,ape lagi masukkan lahh mee keras uh,,biar dia duduk dalam air mengelegakk uh,,HAHA,,


sementara nak tgguw mee keras itu,,menjadi ia lembut,,kita sediakan perencah nya dahulu,,lepass uh,,


bila mee dah menjadi lembutt,,tapiskan,,and then gaull sehingga sebati,,disini tangan memainkan peranan yang pentingg,,lembutkan ia,,macam saya,,hehe,,


siapp,,jum bedal,,nyam,,nyam,,






Senarai lagu Yang tak jemu Didengar

Realiti dan fantasi_Crossfire
perfect _simple plan
Jangan kau ucap selamat tinggal_fotograf
Cinta Tak Kenal Siapa_Aris Ariwatan
Coco_Mengintai Langit
Warkah_Bau
Glenn Fredly_Januari
Chris Medina_What Are Words
BackstreetBoy_Drowning
Five For Fighting_Superman
Snow Patrol_Chasing Car
Hero_Enrique iglesias
When You Look me in The Eyes_Jonas brothers
We Are The Kings_Say You Like Me
Heaven_Bryan Adams
Phill Collin`s_You`ll be In My heart
Christina Perry_ A Thousand Years
Fort Minor_Where`d You Go
LifeHouse_You And Me
Nelly Feat Kelly Rowland_Gone
The Script_For The First Time
Richado Yohanna_Lambang Cinta (youtube version)
Madcon_begging you
Paramore_the only exception
Scott Malone_What we are made of
Ada Band_Manusia Bodoh
Nice Guys_Ryan Higa (youtube Version)
Plain White`s_Rhythm Of Love
Laza Morgan_This Girl
Goo Goo Dolls_Iris
Skillet_Awake And Alive
Wings_Nur Nilam Sari
Faber Drive_When I`m With you
Michael Jackson_You Are Not Alone

This My collecttion,,toink toinkk,,HAHA,,if ada lagu yangg korang suka tapi tak ada dalam niee,,tolong share bolehh,,nak download ahh,,,biar full lagu dalam my lappy,,hehe,,



ROLLER COASTER TERCURAM DI DUNIA



Roller coaster ini boleh ditemui di Taman Hiburan Fuji-Q Highland di Yamanashi, diiktiraf oleh Guinness Book of World Records sebagai roller coaster tercuram di planet ini, perbezaan yang pernah dipegang oleh Yorkshire’s Mumbo Jumbo.

Seseorang mencipta sebuah roller coaster untuk melakukan dua perkara iaitu memberikan keadaan yang meningkat keghairahan dan juga diikuti oleh kematian yang cepat yang tidak menyakitkan. Ini adalah roller coaster untuk bunuh diri. Roller coaster di Takabisha, Jepun bukanlah jenis itu, walaubagaimanapun ia mungkin mampu membunuh anda.



Melihatkan pada 141 kaki tinggi dan penerjunan bebas pada sudut 121 darjah, para penumpang akan terbang ke bawah roller coaster pada kelajuan 62 batu sejam. Landasan yang lebih dua kilometer panjang dan perjalanan lebih dari 112 saat.

Roller coaster dilaporkan menelan belanja kira-kira £ 23 juta untuk dibina, yang pada dasarnya bermakna Jepun telah mengeluarkan kira-kira $ 37 juta dolar untuk mewujudkan liku-liku yang mampu menyebabkan rasa keghairahan kepada pengunjung.