Saudara Saya :)

"Sesungguhnya aku Sedang menasihati kamu, bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. [imam Hassan Al Basri]

Saturday, March 17, 2012

Couple dengan Cinta Tidak sama

Saya Sentiassa berkata pada diri, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya hendak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya ( Kemurkaan Allah ) ? Di Situ sahaja kita boleh membuat garisan membezakan cinta dan couple.

Couple ini, hendak pegang-pegang tangan, hendak sembang dekat-dekat, hendak `jiwang` lebih-lebih, hendak romantik, buatlah selepas berkahwin. Hendak bercinta sebelum kahwin dek tiada duit mahu kahwin, belajar tidak habis, mak ayah tidak benarkan berkahwin lagi, buatlah gaya bercinta sebelum kahwin. Sudah ambil jalan susah, kena guna cara susah juga. senang cerita, kalau hendak senang, dua sahaja solusinya, berkahwin atau tidak payah bercinta.

Jadi, tiada masalah kalau bercinta tanpa couple. masih cinta. bersih pula.
Siapa kata Couple = cinta?
Boleh tukar definisi itu.

No comments:

Post a Comment