Saudara Saya :)

"Sesungguhnya aku Sedang menasihati kamu, bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. [imam Hassan Al Basri]

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya :)

Dah Lama Xupdate Blog,,
Makk Aihh Rindu Giler,,,!!! Firstly Nak Ucap Selamat Hari Raya Kat Sume Yang mengenali Diriku!!,,
Maaf Zahir Batin,,Terutama Sekali My family Kat Kampung!!,,Haiihh,,Tahun niee Memag Bersejarah,,Sebab Xdapat Raya Nan Die Owang,,Aku Kat Kedah Langkawi,,Jauh Lahh Nak Balik JB,,Tapi Kat Sini,,ok lahh,,Coz Raya Bersama Staf2 Hotel Helang,,Hari pertama Raya Dah ad Open House Bersama GM,,Tapi aq xpegy Pon,,Coz Perut dah FUll nan lemang,,owgg lain keje aq duk Office curi2 makan nan Toni member satu kerja,,HAHA,,Uh lah pengalaman manis sikit Kat situ,,:)

Ad cerita nak Dicerita takk??

Raya Pertama!!

Takbir Bergema,,
Mamat Bangun pada pukul 8.00pagi
Bangun untuk bersiap menjalankan tugas,,tapi bukan nyerr untuk mengosok baju raya,,
Hati Sayu mendengar takbir sambil membersihkan mata yang dipenuhi dengan tahi mata,,
membuka pintu untuk menghirup udara segar,,kelihatan indahnya suasana pagi raya bersama kedengaran takbir raya,,
Hati menahan sebak kerana Tidak Dapat beraya Bersama keluarga,,tapi menguatkan semangat untuk memakai baju untuk bersiap pergi kerja,,

menunggu Van Di luar berseorangan sambil memerhatikan keadaan orang ramai menuju ke masjid untuk menunaikan sembahyang raya,,tapi mamat still bersabar kerana dia tahu keadaan dia yang tidak dapat menuju ke masjid,,tetapi menuju di tempat kerja,,alangkah sayu nya melihat people berhari raya,,

Sampai di tempat kerja,,keadaan mamat yang berat untuk melangkah tapi dia memaksa untuk meneruskan langkahnya untuk ke tempat kerja nya,,keadaan di tempat kerja,,mamat kelihatan muram,,melihat keadaan susasana tak seperti raya di kampung,,

Tiba2 dia ternampak helaian akhbar di tempat duduknya,,mamat mencapai helaian itu,,dan dia membaca petikan itu

"Raya Tak Bermakna,,Rumah Hangus Terbakar"

mamat baca petikan itu sehingga habis,,tiba2 air mata menitis dengan curah mencurah,,
dia rasa sebak dan sebak melihat keadaan keluarga di dalam helaian akhbar itu,,menitis air matanya melihat keadaan mamat,,sambil terdengar seruan takbir ketika itu,,tiba2 datang lah seorang memujuk mamat untuk bersabar,,

HIDUP PERANTAU DI HARI RAYA
LANGKAWI KEDAH 2011
IN MEMORIES :)

Monday, August 22, 2011

Indah Sekali Jika Awak Disisi :)

Mamat seorang lelaki yang lembut hatinya,,dirinya tidaklah sekuat mana pun,,hanya seorang lelaki yang amat lembut hatinya,,mamat tidak pandai memarahi seseorang jika seseorang itu melakukan kesilapan terhadapanya,,tidak banyak bercakap,,tidak banyak gelak ketawa,,tapi mamat seorang yang setia dan suka bersendirian,,

One day,,di Laman Bukunya,,dia cuba mengusik seorang gadis ini,,:)

"Hai Wat apa itu"

setelah beberapa hari mamat berjaya memikat hati gadiss ituu,,dia cuba memahami sikap gadiss itu yang sungguh manja dengan belaian,,mamat mudah terjatuh bila gadis itu membelai dengan kata-kata,,:)semakin hari,,semakin sayang mamat terhadap gadis itu,,:) mamat percaya apa yang dikata olehh gadiss itu,,

mamat dahulunya seorang yang pendiam dan suka bersendirian,,kini menjadi seorang yang banyak gelak ketwa,,semenjak gadis itu hadir didalam hidupnya,,tanpa keresahan,,tanpa keraguan,,tanpa disedari,,mamat amat gembira,,:) Mamat berpikir positif ketika itu,,dia ingin menukar statusnya,,dia berangan jauh ingin mengahwini gadis itu,,:) betapa sayangnya mamat terhadap gadis itu

sungguh indah ketika ituu,,

tetapi,,mana silapnya,,ianya tidak lahh berpanjangan,,mamat kembali seperti dulu,,tidak gelak ketawa lagii,,:( setelahh mamat terkejut dengan apa yang terjadi di laman bukunya itu,,:( dia melihat gadis yang disayanginya itu bermesra dengan lelaki lainn,,Alangkah mamat terkejutnya ketika itu,,dan dia mengambil keputusan terus Block daripada freindlist mamat,,:( mamat cuba untuk melupakan gadiss itu,,tapii tidak berjayaa,,:( apa yang dirancang oleh mamat selama ini terputus ditengah jalan,,:( Bersabarlah MAMAT :(

Kehadiran Mu hanya sementara,,
tetapi pemergian Mu akan ku kenang selamanya
Sehingga Kau Menjadi Milik Ku selamanya,,:(

IKHLAS DARI INSAN
TERHINA LAGI DIHINA,,
FINEPIX ACROBATIC,,:)




like my page please,,:)

Thursday, August 11, 2011

Awak Comell Tapi, , , ,






Dengan member sekali ambil gambar2 muncung nyerr, ,
lagii muncung konfirm macam pinochio, ,HAHA, ,
senyum kann best, ,niee dah memag style kowt, ,HAHA, ,

Motif update status

Saya update status saya supaya awak like  dengan komen status saya
tapi awak tak like tak komen pun
saya chatting dengan anta mesej dekat awak supaya awak tahu yang saya rindu awak
tapi awak balas itupun dengan dua patah perkataan jew
saya like status awak serta gambar awak
supaya awak tahu yang saya sukakan awak dan saya nak yang awak ingat dekat saya
tapi tetap juga awak tak pernah hendak like status saya atau komen status saya

jika suatu hari nanti saya dah tak ada hendak like atau komen status awak, ,
saya minta maaf sangat sangat ok, ,sebab saya tahu saya tak patut menggagu awak, ,
lebih baik saya bersendirian dari ganggu awak yang sibuk melayan peminat awak, ,




Berhati hati


Suka cara awek niee, ,nak pilih kawan, ,kena uji dulu, ,hehe, ,jngan ngapp jewk teruss, ,HAHA, ,

Berkat Kesabaran !!

Aq niee sebenarnya ada suka kat seseorang, ,tapii yang dia uh xpernah nak haragai aq yang aq tgguw dia selama ini, ,soo, ,aq perlukan seseorang untuk menasihati dan dinasihati, ,aq tercari cari, ,and then aq suka lakk yang niee, ,dari Rya Zarra, ,nie FB dia :



11 hours agoRya Zarra

Oo..i pon x pandai sgt bab2 ni..tp i nk share 1 cite kat u..dulu..i dulu,sukakan sorg boy ni..tp dia mmg x suka i pon..tp i tetap mcm org bodoh terkejar2 kn die..susah sgt nk dapatkan die..tp i sabar je..die buat i mcm smpah..siyes i x tipu..die tolak i mcm tu je..u bayangkan bila cinta sorg gurl kene tolak mcm org bodoh?mmg i rase teruk sgt time tu..i rase mcm hina sgt2..x penah i terkejar2 kan boy..biasanya boy yg akan start dulu..tp bila i suka die,die buat i cam sampah..cam xde pape nilai..tp i ttp sabar..tetap tunggu dia..tahan dgn prangai die..bila die ada masalah,i org pertama yg ada dgn dia..pastu,smpai 1 masa,i yg nk lupakan die,sbb dh x tahan ngn prangai die..tp i terjejut sgt2 sbb last2 die yg merayu kat i jgn tinggal die sbb die dh jatuh ati kat i atas seme kebaikan i kat die..sbb die sedar yg i iklas syg dia..sampai skrg,i masih ngn dia..kalau u nk tau,ni la permulaan kisah i ngn bf i..i yg ngorat die tau..x malu kn i?hehe..tp last2 i dpt die jugak berkat kesabaran i,kesungguhan n keikhlasan i nk dapatkan dia..n skrg dia lyn i baik sgt2 sbb die ckp nk tebus balik silap die sbb jahat sgt buat i mcm 'sampah' dulu..so nasihat i,u kene sabar..biasanya,brg bernilai mmg susah nk dapat n cari..so u x boleh putus asa..ok?smile plis?x mo sdih2..:)


Bolehh Jadi doktor Cinta tak??
HAHA, ,

Wednesday, August 10, 2011

Tips Nak Ngurat Awek Dalam Facebook!!

-Add semua akaun Facrbook dia 1 hingga 4 akaun
-Follow update status dia
-Like setiap gambar dalam album dia
-Komen yang meraih simpati dan melawak
-tinggalkan senyuman begini :)  ^ ^ >_<
-rajin tanya kabar di inbox or chatting
-dan janganlah kamu berputus asa!!

HAHA, ,ikhlas dari Hamba Allah
Insan Terhina Lagi Dihina

Tips Selepas Putus Cinta!!

-Jangan Dengar Lagu Sedih
-Cari Jewk Yang Lain
-Makan,makan dan makan
-Ingatlah Allah Taala sentiasa Di sisi Kita

Sukan Universiti Dunia: Bola Sepak

KUMPULAN A
China, Korea Selatan, Colombia, Afrika Selatan

KUMPULAN B
Ukraine, Brazil, Russia, MALAYSIA

KUMPULAN C
Itali, Republik Czech, Uruguay, Thailand

KUMPULAN D
Jepun, Britain, Kanada, Ghana

Jadual perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia

11 Ogos (Khamis): Malaysia vs Ukraine (1630)
14 Ogos (Ahad): Malaysia vs Brazil (1930)
16 Ogos (Selasa): Malaysia vs Russia (1630)

Kontinjen Bola Sepak Malaysia

Mustaza Ahmad
Ariff Hashim
Aminuddin Hussin
Muhammad Izzuddin Mohd Azman
Mohd Bukhari Idris
Muhamad Nor Haziq Mohd Aris
Mohd Bunyamin Umar
Reuben Thayaparan Kathiripillai
Muhamad Hazwan Rahman
Arman Fareez Mohd Ali
Muhammad Aizat Jaini
Fahrul Razi Kamaruddin
Mohd Faris Mohamad Yusof
Norhadi Ubaidillah
Aiman Syazwan Abdullah
Saiful Ridzuwan Selamat
Mohd Nursalam Zainal Abidin
Khairul Naim Mahyuddin
Muhamad Afham Zulkipeli
Mohd Nasril Izzat Jalil
Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari
Mohd Asrol Ibrahim
Amirizwan Taj Tajuddin
Mohd Fiqri Mohd Abdullah
Richard Nelson Scully
Muhamad Ashraf Zulkapli


Please take this note - Hijaab is an Attitude, not a Fashion !

First, we (girl )must understand that wearing Hijaab is worship (Ibaadah). We also have to differentiate between Hijab/Jilbab (the outer long garment that covers a woman’s body) and Khimar (head scarf). Today many sisters think that just wearing a Khimar (head scarf) is sufficient and they wear tight tops, shirts, blazers and trousers. Some even show their skins, exposing their arms, neck, feet and ankles. They come out of their houses and even pray Salat like this. This is not permissible. Many do it out of ignorance, not bothering to learn. Others due to pressure from parents etc and yet others due to custom and culture. If we want to please Allaah – our Creator and sustainer- by worshipping Him alone and gain reward, then every act of worship and good deeds that we do has to fulfil three very essential, fundamental conditions and principles so that Allaah accepts it from us.


Sahur

Waktu Pagi sebuah keluarga kecil bersahur bersama

seorangg insan yangg susahnya nak bangun pagi bila dikejut oleh ibunya, ,tapi sekarang nak sahur pun dah xda orang nak kejutt kan =,= study punya pasall, , ,

Mat bangun matt!! dah pukul bapeww nieee, ,sahurr nakkk~~

berulang kalii ibunya berusaha mengajak anaknya sahurr, ,dihidang lah dengan hidangan yang xseberapa di waktu sahur, ,cuma memakan makanan berbuka semalam yang dipanaskan ibunya, ,

mamat dengan membasuh mukanya, ,
terus meneguk aer kosong sahaja, ,ibunya yang menunggu di meja makan tidak memandangnya dan terus menyambung tidur, ,

ibu xde cakap apa2 pun, ,ibu biar sahaja membiarkan anaknya meneruskan tidur, ,
rezeki yang ada  pada waktu sahur itu, ,mamat tidak menikmatinya ia ditinggalkan ibunya seorang diri~~
"hidangan yang xseberapa itu lah yang enak, tapi bersyukurlah ia jika dibandingkan dengan rakan kita yang sedang berperang"

mungkin mereka disana tiada ibu untuk mengejutkan si anak bangun untuk bersahur~~
tapi kita ada rakan2, ,ada ibu bapa, ,
Mungkin mereka disana tiada makanan untuk bersahur
Tapi kita bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang, ,walaupun kecil hidanganya
Mungkin Mereka Disana tiada tempat beribadat
Tapi Kita disini bersyukurlah dengan kemudahan yang ada, ,

Ikhlass Dari Hamba Allah
INSAN TERHINA LAGI DIHINA
Finepix Acrobatic



Tuesday, August 9, 2011

Pergii

Dulu Janji ingin hidup bersama 
Dulu Janji Xnak Curang
Dulu Janji Ingin Belajar Bersungguh
Dulu Janji Mau jage perikatan

tapii sekarangg itu semua tinggal kata, ,tinggal kenangan tiada yang kekal, ,hari pertama aku kenall bukan bermesra lagi, ,banyakk cerita yang dikongsi, ,selalu berdoa untuk mengekalkan hubungan ini supaya diredhai tuhan,

sekarang kau menghilang
sekarang kau menyembunyikan diri
sekarang kau menukar number
sekarang kau mencari alasan

apa itu semua, ,selalu tak tentu arah cari masalah masing2, ,sana salah , ,sini salah sekarang semua dah xbetoll kann, ,kauu dah mula berjauhan semua yang aq beri engkau buang, ,tapi aq still menunggu dengan bersabar walaupun engkau dah dimiliki olehh orang lain yang lebih matang dariku, ,

Aku menunggu sebab aku setia
Aku menunggu sebab kau banyak berkorban
Aku menunggu sebab kau sayang aku
Aku menunggu sebab aku tahu kau sayangg aku lagi

tapi sekian lama menunggu tetap kau tak berubah, ,makin hari makin bnyak perubahan engkau, ,bertambahh risau keadaan setelah yang aq diberitahu engkau sudah bertunangg, ,

selamat tinggal kenangan
selamat tinggal teman sejati
selamat tinggal dan selamat tinggal

Aku kini meninggalkan jauh dari engkau, ,semoga engkau dapat meneruskan kebahagiaan, ,hmm, jauh aq pergi dari sini, ,aq tahu engkau tak kan pulang dalam pangkuanku kerana kini engkau sudah dimiliki olehh dia, ,

HANYA REKAAN
Renungkan lah
Ikhlas dari INSAN TERHINA LAGI HINA
FINEPIX ACROBATIC

:)


Monday, August 8, 2011

Hati Dan Perasaan

Kisah Ringkas Seorang insan ingin memilik hati seorang bidadari dilaman Muka Buku

Status Update:
`aku sunyi ade mau sape teman??`

Zam menunggu, ,tiada siapa pun yg komen status nya, ,tiada seorang pun yg like status nya, ,mugkin dengan gambar DP nyerr yg kurang menarik,,

Zam mencuba mendekati seorang gadis seumpama bidadari, ,di laman muka bukunya, ,
tanpa rasa segan dan muka tebal nya, ,dia ingin mengenali gadis itu, ,

di Wall Post gadis itu Dia menghantar ucapan ringkas:

`Hi thankss app` ;)

 Zam menunggu beberapa hari, ,juga tiada respon yg baik, ,makin lame makin kebawah wall post Zam itu, ,
tiap hari dia melihat gambar gadis itu dengan berulang kali, ,sambil klik berulang kali like di setiap gambar gadis itu serta meninggalkan beberapa komen, ,;)

Zam tetap kecewa, ,walaubagaimanapun tetap gadis itu tidak melayan komen nyer, ,semakin lama, ,semakin semangat Zam ingin mendekati gadis itu disebabkan gambar DP gadis itu bertukar tiap hari, ,

semakin rindu di hati Zam,,

Tetapi sayang si gadis itu tetap tidak mebalas, ,alangkah lagi dengan membalas chatting Zam, ,
Zam rasa sungguh kecewa dan ingin deactive laman bukunya, ,setelah tahu yang si gadis itu telah berpunya, ,

hmm, ,hilang semua kerinduan Zam, ,Zam merasa sebak, ,merasa kurang keyakinan, ,setelah melihat gambar DP si gadis itu bertukar menjadi berpasangan bersama kekasihnya, ,Zam mampu tersenyum dan menahan kerinduan, ,dan Zam teruss meninggalkan laman bukunya kerana, ,dia tahu, ,laman buku ini sekadar permainan perasaan, ,

Ikhlas Dari Hamba Allah
INSAN TERHINA LAGI DIHINA
Finepix Axrobatic, ,;)


Terima Kasih Rya Zarra


Sudi promote my Blog, ,HEHE, ,

Rupa Kiamat

RUPA KIAMAT...renung2kn lah yer :)

Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang hamba ALLAH.

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.
...
Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab.. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “
Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Jika

Jika ada kesilapan
-maafkanlah dia sedangkan nabi maafkan umatnya
Jika Berlagak Sombong
-Tegurlah ia mungkin dia seorang peramah
Jika sayang dia
-Hargai lah Dia sebelum Ia Tiada
Jika memarahi dia
-banyaklah istigfar mungkin itu akan menenangkan jiwa
Jika terlupa pada tuhan
-cubalah isi masa dengan menghadap tuhan yakni ALLAH TAALA
Jika rindu Dia
-Rindulah dengan doa supaya dia sama rindu pada kita
Jika dia tiada perasaan terhadap kita
-lepaskan lah dia, mungkin itu bukan jodoh kita
Jika dia terasa sunyi
-cubalah temani dia supaya dia hilang kesunyian
Jika dia berasa susah
-bantu lah dia walaupun dengan cara apa sekalipun

suatu hari nanti insyaallah tuhan akan balas kebaikan kita semua, ,AMIN, ,;)
Ikhlas dari saya insan Terhina Lagi Hina
Finepix Acrobatic ;)



Waktu Imsak dan Berbuka Negeri Johor Bagi daerah Kota tinggi

Sumber dari Blog BOM 123

Sunday, August 7, 2011

Community shield cup 2012

Manchester United Vs Manchester City
        3                                 2

Terbaikk lahh MU!!, ,Gua salute sama lu!!, ,bestt gilerr mainn, ,90 minit kuasai bola, ,mula2 tinggal 2-0 pada first half, ,bila dah masuk second half, ,haaiihhh, ,3 terus sumbat, ,last2 minit olehh Nani!!, ,maakkk aaiii!!, ,niee makin semangat aq nak sokongg MU!!, ,glory glory!!

Saturday, August 6, 2011

Korang Tahu X !!, , apakah pekerjaan Beliau, ,Jom Tengok!!, ,Haaiihhh, ,












cume pengemis yg pandai meraih simpati, ,nasib baik bulan pose, ,lau x kena pukul aq rase time uh, ,dekat bazar ramadhan KL nie , ,sumber dari Mazidul 999, ,Blog dierr, ,

Wednesday, August 3, 2011

Jadual Perlawanan Bola sepak Malaysia!!

 6th August 2011 | Malaysia vs Selangor
  9th August 2011| Olympic Malaysia vs Budapest Honvéd FC
 10th August 2011 | Oman vs Malaysia (TAK CONFIRM)
 14th August 2011 | Malaysia vs Indonesia
 16th August 2011 | Olympic Malaysia vs MFK Dolný Kubín
 23rd August 2011 | Olympic Malaysia vs FC Nitra
 26th August 2011 | Olympic Malaysia vs FK Slovan Levice
 8th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Philippines
 8th September 2011 | U16 China vs U16 Malaysia
 10th September 2011 | U16 North Korea vs U16 Malaysia
10th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Singapore
 12th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Cambodia
 13th September 2011 | U16 Malaysia vs U16 Timor Leste
 14th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Thailand
 15th September 2011 | U16 Singapore vs U16 Malaysia
 18th September 2011 | U16 Malaysia vs U16 Macau
 21st September 2011 | Olympic Japan vs Olympic Malaysia
 31st October 2011 | U19 Malaysia vs U19 Vietnam
 2nd November 2011 | U19 Malaysia vs U19 Laos
 6th November 2011 | U19 Malaysia vs U19 North Korea
 8th November 2011 | U19 Malaysia vs U19 Myanmar
 23rd November 2011 | Olympic Malaysia vs Olympic Syria
  27 November 2011 | Olympic Malaysia vs Olympic Bahrain

Tuesday, August 2, 2011

Sempena Ramadhan!! Layan Video Niee Jum ;)


Jangan Bersedih, ,tuhan ada sentiasa ada dengan anda, ,;)


Orang yang baik akan selalu dipulau!!, ,Betoll kew, ,Cuba try hayati video ini ok!!, ,;)



Jangan salah sangka, ,tapi aq saja nak berkongsi, ,hayati video niee ok!!, ,:)

  
berfikir sejenak ok, ,;)