Saudara Saya :)

"Sesungguhnya aku Sedang menasihati kamu, bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. [imam Hassan Al Basri]

Friday, November 25, 2011

7 cara menghilangkan perasaan Malu

Mentaliti- Anda sepatutnya tidak terlalu memikirkan mengenai tanggapan orang lain terhadap diri anda. Lakukan sesuatu dengan cara anda yang tersendiri. Pasti anda berjaya mengawal situasi walaupun sebenarnya anda berasa malu.

Latihan- Untuk menghilangkan perasaan malu juga memerlukan latihan. Mulakan latihan dengan cuba berkomunikasi dengan orang yang rapat dengan anda. Kemudian latih pula diri anda untuk berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

Fokus- Fokuskan terhadap perbualan yang sedang dilakukan dan bukannya memikirkan mengenai diri sendiri. Orang lain lebih selesa sekiranya anda menjadi diri anda yang sebenar.

Bertanya soalan- Untuk mengekalkan sesuatu perbualan, anda perlu bertanyakan soalan. Jangan berasa malu untuk bertanya. Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada terus membatu.

Imaginasi- Jangan cuba bayangkan apa yang orang lain fikir mengenai setiap kenyataan anda. Biarkan mereka yang membuat keputusan samaada bersetuju ataupun tidak.

Keyakinan- Bina keyakinan diri sendiri secara berperingkat.

Perwatakan- Cuba lakonkan seperti anda sebenarnya tidak berasa malu. Pasti lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan sesuatu situasi itu.

No comments:

Post a Comment