Saudara Saya :)

"Sesungguhnya aku Sedang menasihati kamu, bukanlah beerti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. [imam Hassan Al Basri]

Monday, February 13, 2012

Hari Valentine Merendahkan Cinta

Saya sentiasa menganggap bahawa cinta itu bersih, suci dan menyenangkan. cinta itu menyembuhkan, memberrikan kelapangan dan ketenangan.
       Cinta antara Dua kekasih yang bersih adalah dengan tidak melaksanakan apa yang Allah larang, menjaga segala hukum-hakam agama. Berhubung dengan baik dan cantik dan memahami bahawa cinta mereka itu dibina untuk membina ummah yang baik. Mereka menjaga cinta sebegitu cantik adalah kerana faham akan tarbiah anak itu bermula semenjak dari perjalanan mencari pasangan, maka itu adalah cinta yang agung dan besih. Manusia yang tidak berada di atas jalan cinta yang betul, tidak akan memahami keagungan cinta ini, dan kelemahannya.
    Hari Valentine pula, merosakkan cinta. menghapuskan kebersihan di dalamnya. mengisi cinta dengan perkara-perkara tidak bermakna. lantas cinta dipandang kotor, jijik dan menggelikan,,senang cerita dalam filem ombak rindu pun ada kata cinta itu indah,,cuma manusia tak menghargainya. Hari ini, orang akan melihat cinta itu sesuatu yang murah. Jika diletakkan di dalam novel, dikatakan pop. jika ditulis, dikatakan benda murahan.
     kenapa? kerana cinta itu telah dimurah-murahkan dalam kehidupan insan.
    Hubungan bebas itu cinta? sentuh-sentuhan sebelum halal itu cinta?
     Apakah namanya cinta jika membawa ke neraka?
     saya tidak mengerti.


No comments:

Post a Comment